Saya amat tertarik dengan cerita-cerita yang dikongsikan dalam blog ini. di samping bacaan sebagai hiburan, kita dapat mengambil pengajaran dan pengetahuan juga.
Terima kasih kerana sudi menerbitkan kisah saya ini. Sebelum itu, saya ingin menekankan bahawa kisah ini tidak menekankan aspek “seram” tetapi lebih kepada “sentimental seram”. Maaf juga sekiranya terlalu panjang.Saya seorang gadis kampung yang tinggal (sudah semestinya di kampung) heheh. Biarlah nama kampung ini saya rahsiakan takut kalau-kalau ada anak bujang yang ingin masuk meminang gadis di kampung saya terpaksa batalkan pula hasrat mereka. Hehehe
Kisah ini terjadi semasa saya berumur 11 tahun. Di kampung, budak-budak yang sebaya dengan saya ibarat satu “geng” yang akan pergi ke mana-mana bersama.Dalam “geng” tersebut, saya sangat rapat dengan seorang yang bernama Atikah. Walaupun Atikah lebih pendiam, saya lebih selesa berkawan dengannya. Kami akan ke sekolah agama rakyat (surau yang dijadikan tempat mengaji dan belajar ilmu agama) bersama-sama.
Atikah seorang yang terang hati tetapi saya malap-malap sedikit…hehehe. Sebelum pulang, ustazah akan meminta setiap murid membaca surah hafazan.Jika gagal, kami tidak dibenarkan pulang sehingga berjaya membaca surah. Disebabkan Atikah terlalu baik dan pandai memujuk ustazah, Atikah sering membebaskan saya dari tahanan penjara sekolah agama saya. pendek kata, Atikah yang sering bacakan surah hafazan untuk saya supaya saya bebas. Terima kasih “kawan”.
Pada pertengahan bulan September tahun 2003, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan saya. Atikah sering bertanya kepada saya apa akan saya lakukan kalau dia menjadi hantu dan datang mengganggu saya. waktu itu, saya yang masih tidak mengerti apa-apa dan menjawab “kalau Tikah jadi hantu, jangan jadi yang terbang-terbang atau lompat-lompat ye”.Atikah memandang saya sinis. Saya mendiamkan diri. Sebelum saya meninggalkan Atikah